PARA atlet negara ketika ini berada dalam 'gear lima' untuk meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadual bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos depan.
Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Nazifuddin Najib berkata, mereka mempunyai tempoh sehingga April untuk 'pecut' mendapatkan slot ke temasya terbesar dunia tersebut.
“Jangan toleh belakang lagi, fokus kepada matlamat untuk raih tiket Olimpik. Buat yang terbaik demi negara dan teruskan berjuang.
“Saya jangkakan antara April hingga Mei kita boleh nampak lebih jelas jumlah sebenar atlet negara yang akan beraksi di Paris 2024,” katanya kepada Sukan Sinar.
Setakat ini Malaysia sudah mempunyai lima wakil yang mengesahkan tempat untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
Mereka ialah Nur Shazrin Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Bertrand Rhodict Lises (terjun), Ariana Nur Dania Zairi (memanah) dan Nur Aisyah Mohd Zubir (basikal).
Nazifuddin menjelaskan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Sukan bersama Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan persatuan sukan pada bulan lepas telah membincangkan pelan setiap persatuan sukan untuk tahun ini.
“Ia termasuk persediaan atlet ke pusingan kelayakan seterusnya ke Paris 2024 jika layak,” katanya.
Beliau juga optimis jumlah atlet negara akan bertambah menerusi beberapa atlet sasaran termasuk dari sukan terjun yang masih menanti pusingan kelayakan pada Februari di Doha.
Tambahnya, sukan berbasikal pula akan menyertai beberapa kejohanan untuk mengumpul mata sebelum tarikh tutup kelayakan pada 14 April depan dan para pemain badminton juga berpeluang mencari mata untuk perbaiki kedudukan ranking mereka sebelum tarikh tutup pada 28 April depan.
“Badminton juga ada kejohanan pada bulan ini, bermula dengan Terbuka Malaysia dan beberapa kejohanan lain di India, Indonesia dan Thailand. Saya pasti Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah ada pelan dalam memilih kejohanan yang atlet badminton negara akan sertai untuk mendapatkan mata.
"Turut memburu mata serta tiket ke Paris pada bulan ini ialah pelayaran yang menawarkan slot Kejohanan Dunia ILCA. Skuad hoki pula akan menyertai kejohanan kelayakan di Oman untuk pasukan lelaki, manakala di Valencia untuk Wanita. Ini merupakan kelayakan terakhir mereka dan hanya tiga pasukan terbaik akan mendapat slot ke Paris.
“Bagi sukan lain juga saya percaya atlet negara akan melakukan yang terbaik dalam misi untuk meraih tempat ke Paris antaranya seperti renang, olahraga, golf, gimnastik, angkat berat, pingpong, taekwondo dan bola sepak yang turut akan mengharungi kejohanan kelayakan,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 04 2024
Nazifuddin optimis jumlah atlet negara akan bertambah menerusi beberapa atlet sasaran termasuk dari sukan terjun yang masih menanti pusingan kelayakan pada Februari di Doha. - Gambar fail/BERNAMA
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Penganjuran Sukan Komanwel 2026 tidak membebankan - Nazifuddin
Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib, menyangkal dakwaan bahawa kerajaan akan merasa terbeban dengan kos penganjuran.
Mod 'gear lima' buru tiket Olimpik
Nazifuddin berkata, mereka mempunyai tempoh sehingga April untuk 'pecut' mendapatkan slot ke temasya terbesar dunia tersebut.
Berbasikal trek: MOM jamin sokongan penuh buat Azizulhasni
Azizulhasni memerlukan sokongan terutama daripada aspek sains sukan bagi memaksimumkan prestasinya.
Kes cukai tertunggak: Permohonan Najib, Nazifuddin untuk gantung pelaksanaan penghakiman terus didengar 21 Sept
Peguam Wee Yeong Kang mengesahkan bahawa tarikh pendengaran itu ditetapkan dalam prosiding pengurusan kes hari ini.
Najib, Nazif fail kebenaran merayu berhubung bayaran cukai kepada LHDN
Najib Razak dan Nazifuddin memfailkan notis usul untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka.
Piala Thomas/Uber: Dibatalkan atau tunda buat kali keempat?
Namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi dari badan induk dunia tentang status kejohanan itu.
Anak Najib bertunang dengan ahli politik muda Indonesia
Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah bertunang dengan seorang ahli politik muda dari bekas parti pemerintah Indonesia Golkar pada 4 Mei lalu.